Setelah menjalani pengajian Program Diploma Pembantu Perubatan di KSKB Kuching selama 3 tahun, akhirnya 168 org pelatih MA termasuk aku telah sampai di penghujung perjuangan. Malam Pesona Bintang merupakan penutupan tirai MA K2/09 secara rasminya telah berlangsung di Hotel Harbour View, Kuching pada 25 Mei 2012 yang lalu. Ini lah dia antara cebisan kenangan sepanjang majlis tersebut.
Penghulu Medical Assistant Ambilan Julai 2009 - En.Aiuhanafi Bin Sanordio (Tawau, Sabah)
Persiapan Raptai Akhir Malam Pesona Bintang
Majlis Memotong Kek - Simbolik Perasmian Malam Pesona Bintang
Jemputan VIP Pengarah KSKB Kuching Pn.Moi Soo Foon dan KP MA Mr.Liew Chee Foh
Persembahan tarian daripada Kumpulan Selanting Emas
Selingan Gameshow Bersama Mat Kacau En.Tommy Jaestar & En.Wilfred
Persembahan Acapella Nasyid daripada Kumpulan Wijdan
Wakil Zon Sarawak di Konvensyen Kebudayaan Kebangsaan 2011
Persembahan Acoustic Band daripada Kumpulan Idiopathic
Wakil MA K2/09 dalam Battle of The Band 2010 KSKB Kuching
King of Malam Pesona Bintang - En.Rudy J.Perizin
Queen of Malam Pesona Bintang - Miss Angeria Langer
Taiko Tai Abang Long Dil Wan Azroie Wan Hossen bersama
Slot Jasamu dikenang bersama Semua Tenaga Pengajar Program MA
Slot Salam Terakhir Kemuncak Malam Pesona Bintang
Setiap pertemuan pastinya ada perpisahan, dan setiap tawa riang pastinya ada tangisan dan airmata. Perjuangan yang ditempuhi selama 3 tahun pengajian Diploma MA sememangnya penuh dengan kenangan yang manis mahupun pahit. Suka dan duka dikongsi bersama sahabat-sahabat dan tenaga pengajar. Nilai persahabatan yang terjalin dalam tempoh 3 tahun ini sememangnya akan sentiasa dikenang dan tersemat di dalam hati setiap pelatih. Tamatnya latihan Program Diploma Pembantu Perubatan ini maka 168 orang pelatih kembali ke tempat asal dan membawa haluan masing-masing. Pastinya suatu perkara yang sukar untuk menyatukan semula kesemua 168 orang pelatih atau nama barunya graduan MA K2/09 di bawah satu bumbung yang sama. Namun hanya dapat diungkapkan.. "Sampai Jumpa Lagi..."
No comments:
Post a Comment